PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan Akademi Pengadil Profesional dalam usaha melahirkan pengadil berprestasi tinggi bagi mengadili kancah liga tempatan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
"Bagi kumpulan pertama ini, FAM telah memilih barisan pengadil muda dan berpotensi berusia antara 20 hingga 32 tanun.
"Pengadil ini akan diuji dari segi aspek kecergasan, kesihatan, undang-undang permainan serta literasi (kebolehan menulis dan membaca) dalam bahasa Inggeris. Sebanyak sembilan modul perlu dikuti oleh mereka," katanya dalam ucapan sebelum melancarkan akademi itu di Hotel Armada di sini malam ini.
Dalam pada itu, katanya seramai lima pengadil daripada kumpulan ini juga telah dipilih untuk dilatih sebagai Video Bantuan Pengadil (VAR).
Katanya, akademi ini merupakan projek jangka masa panjang yang akan diteruskan untuk fasa-fasa seterusnya pada 2025 hingga 2027 dan 2027- 2029.
Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan VAR dalam saingan Liga Super musim 2024/2025, Sivasundaram berkata FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini dalam fasa akhir persiapan untuk perlaksanaan teknologi liga yang akan bermula 10 Mei ini.
"Atas inisiatif Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sejarah bakal tercipta apabila FAM dan MFL mengorak langkah memperkenalkan VAR dalam saingan Liga Malaysia bermula musim 2024/2025 ini.
"Pelbagai fasa latihan VAR telah dibuat untuk membiasakan pengadil dengan kemahiran VAR. Objektif utama VAR adalah untuk meminimumkan kesilapan pengadil dan seterusnya memajukan standard bola sepak negara," katanya.
Beliau berkata seramai 22 pengadil telah ditauliahkan sebagai pengadil VAR, 20 Penolong Pengadil ditauliah sebagai Pembantu Pengadil Video Bantuan (AVAR), sembilan pengadil sebagai Replay Operator (RO) dan lima individu dari Astro ditauliah sebagai RO.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Datuk S. Sivadundaram bersama Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan beramah mesra bersama para pengadil FIFA 2023 pada Majlis Makan Malam Pengadil di sebuah hotel pada Khamis. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ops Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.